Wednesday 30 April 2014

08:24

Date : 6 June 2014, Friday - 14 Jun 2014, Saturday
Time : 8:30PM
Venue : Panggung Sari, Istana Budaya
Ticket Price : RM55 - RM225
Ticket Website : http://redtix.airasia.com/

Pementasan teater PROJEK KAHWIN ini diarahkan oleh Muhammad Azri Ali berdurasi hampir 2 jam ini mengisahkan tentang suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan masyarakat yang berbangsa Melayu di negara ini. Rizal dan Nisa, merupakan kedua pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka, namun mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga turut sama melibatkan diri dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka. Setiap watak menggambarkan peribadi masyarakat di Malaysia. Setiap daripada isi yang disampaikan merupakan kajian yang telah dibuat terlebih awal oleh pengarah naskah ini sendiri.

Turut diadakan juga bersama teater ini adalah Pameran Pengantin yang akan bermula pada 11 hingga 15 Jun 2014 dan Femes Bazaar yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2014 di sekitar ruang legar Istana Budaya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.