Thursday 6 March 2014

12:51

Date : 29 March 2014, Saturday
Time : 3:00PM
Venue : KL Live, Kuala Lumpur
Ticket Price : RM83
Ticket Website : http://www.ticketcharge.com.my/

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka “Berdua Bersatu”.

KITA 20FORTEEN CONCERT ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Seawal pembukaan konsert ini akan diserikan dengan persembahan artis-artis dibawah naungan KRU Music seperti Hazury, #tag, Qasri, Fitri Hakim dan Zia Bella. FORTEEN akan membuat persembahan pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan menggunakkan khidmat “live band” bagi memantapkan lagi persembahan mereka akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal diperdengarkan dan dipersembahkan oleh FORTEEN.