Tuesday 4 February 2014

08:10

Date : 26 February 2014, Wednesday - 1 March 2014, Saturday
Time : 2:30PM / 8:45PM
Venue : Auditorium JKKN Terengganu, Tok Ibai
Ticket Price : RM10 - RM50
Ticket Website : http://www.ticket2u.biz/ShowEvent.aspx?ShowID=31
Official Website : -
Contact : -
Teater Gelanggang Tuk Wali yang berkonsepkan teater muzikal ini mengisahkan tentang kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat bernama Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam atau Tuk Wali dalam mempertajan warisan budaya bangsanya yang pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama.

Melalui watak Tuk Wali, penulis menyingkapkan pergolakan masyarakat khususnya golongan muda pada hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Pelbagai masalah sosial diketengahkan oleh penulis seperti penyalahgunaan dadah, dengki, khianat dan tamak haloba yang akhirnya membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini.

Plot drama dijalin dengan baik dan menarik melalui unsur-unsur saspen yang menimbulkan persoalan kepada penonton. Sarat dengan mesej di sebalik dialog yang banyak menjurus kepada adat, budaya, bangsa dan agama. Drama Gelanggang Tuk Wali turut menyelitkan falsafah yang tersirat melalui dialog yang humor dan bersahaja dan bahasa yang mudah difahami.